Wednesday, May 26, 2010

CIRI-CIRI SEORANG SAHABAT YANG BAIK.

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Monday, April 26, 2010

ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA.....

1; niat anda memang untuk berkahwin dengan sidia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
2; sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama.
3; sudah lepas ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
4; sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar.

Wednesday, April 7, 2010

Favorite Quotations

As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

Thursday, April 1, 2010

KEPERLUAN UNTUK MEMEGANG LESEN RADIO AMATUR

Hanya individu yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan lesen peruntukan radas, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:Pertama: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio untuk mendapatkan lesen Peruntukan Radas Kelas B, jika anda lulus anda layak berkomunikasi dengan tanda panggilan 9W2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9W8-bagi Sarawak dan 9W6-bagi Sabah.Kedua: Selepas satu tahun anda memegang Sijil Perakuan Kelas B. Menduduki ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori radio untuk mendapatkan lesen PeruntukanRadas Kelas A. Selepas anda lulus ujian kedua ini anda layak berkomunikasi keseluruh dunia dengan tanda panggilan 9M2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9M8-bagi Sarawak dan 9M6 bagi Sabah.Pihak berkuasa manakah yang mengeluarkan lesen Peruntukan radas tersebut?Peruntukan radas tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian (RAE) Radio Amateur Examanation yang diadakan 2 kali setahun. Layari laman SKMM iaitu http://www.skmm.gov.my/ untuk mengetahui alamat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berdekatan dengan anda.

Wednesday, March 31, 2010

MAKSUD RADIO AMATUR

Radio Amatur adalah merupakan satu hobi dalam bidang komunikasi dengan menggunakan peralatan komunikasi elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan yang sama atau dimana sahaja di dunia dengan menggunakan peralatan radio amatur pada jalur frekuensi yang ditetapkan.Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar hobi, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan.

RADIO AMATUR

OBJEKTIF

Objektif Komuniti Radio Amatur Wilayah Selama ialah memberikan pendedahan kepada semua masyarakat melalui sistem alat radio komunikasi yang berasaskan kepada undang-undang, bantuan bencana alam,Pencegahan jenayah.Sebagai Individu rakan Ham dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.

Ini akan dapat dicapai melalui penglibatan Komuniti Radio Amatur Wilayah Selama sepanjang tahun dalam bentuk ilmu radio Ham.

Memberikan peluang kepada semua golongan berinteraksi dengan rakan Ham di Malaysia dan seluruh dunia melalui radio Ham.

Menggunakan kaedah tertentu yang menjadikan setiap individu sebagai agen utama dalam pembangunan diri ke arah sikap berdikari,bertanggungjawap dan komited.

Membantu mereka membina sistem nilai berdasarkan prinsip-prinsip kerohanian,jasmani dan peribadi.