Wednesday, March 31, 2010

MAKSUD RADIO AMATUR

Radio Amatur adalah merupakan satu hobi dalam bidang komunikasi dengan menggunakan peralatan komunikasi elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan yang sama atau dimana sahaja di dunia dengan menggunakan peralatan radio amatur pada jalur frekuensi yang ditetapkan.Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar hobi, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan.

RADIO AMATUR

OBJEKTIF

Objektif Komuniti Radio Amatur Wilayah Selama ialah memberikan pendedahan kepada semua masyarakat melalui sistem alat radio komunikasi yang berasaskan kepada undang-undang, bantuan bencana alam,Pencegahan jenayah.Sebagai Individu rakan Ham dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.

Ini akan dapat dicapai melalui penglibatan Komuniti Radio Amatur Wilayah Selama sepanjang tahun dalam bentuk ilmu radio Ham.

Memberikan peluang kepada semua golongan berinteraksi dengan rakan Ham di Malaysia dan seluruh dunia melalui radio Ham.

Menggunakan kaedah tertentu yang menjadikan setiap individu sebagai agen utama dalam pembangunan diri ke arah sikap berdikari,bertanggungjawap dan komited.

Membantu mereka membina sistem nilai berdasarkan prinsip-prinsip kerohanian,jasmani dan peribadi.