Thursday, April 1, 2010

KEPERLUAN UNTUK MEMEGANG LESEN RADIO AMATUR

Hanya individu yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan lesen peruntukan radas, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:Pertama: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio untuk mendapatkan lesen Peruntukan Radas Kelas B, jika anda lulus anda layak berkomunikasi dengan tanda panggilan 9W2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9W8-bagi Sarawak dan 9W6-bagi Sabah.Kedua: Selepas satu tahun anda memegang Sijil Perakuan Kelas B. Menduduki ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori radio untuk mendapatkan lesen PeruntukanRadas Kelas A. Selepas anda lulus ujian kedua ini anda layak berkomunikasi keseluruh dunia dengan tanda panggilan 9M2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9M8-bagi Sarawak dan 9M6 bagi Sabah.Pihak berkuasa manakah yang mengeluarkan lesen Peruntukan radas tersebut?Peruntukan radas tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian (RAE) Radio Amateur Examanation yang diadakan 2 kali setahun. Layari laman SKMM iaitu http://www.skmm.gov.my/ untuk mengetahui alamat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berdekatan dengan anda.

No comments:

Post a Comment